Tuesday, October 11, 2011
Thursday, June 16, 2011
Thursday, June 9, 2011
Medan - Lake Toba - Berastagi (Indonesia)
Pada mulanya saya tidak begitu tertarik dengan Medan , Indonesia. Tetapi bila bertemu dengan masyarakatnya saya mula mengubah fikiran. Percutian saya ke Medan bertukar menjadi seronok. Saya berjumpa dengan Ibu Neti dan keluarga serta saudara maranya yang lain dalam perjalanan ke Berastagi dan dari situ kami menjalinkan persahabatan.
Di Medan saya dan teman2 dibawa berjalan-jalan di sekitar Medan oleh
keluarga Ibu Netti, kami dilayan begitu baik sekali oleh mereka, saya begitu terharu dengan keramahan dan baik budi Ibu Netti dan keluarga :)
Semoga kita bertemu lagi, InsyAllah
Tempat-tempat menarik di Medan
Medan boleh dikatakan agak moden, banyak bangunan-bangunan kerajaan, dan tempat -tempat membeli belah terdapat sini. Jalanraya disini agak sibuk dan sesak dengan kenderaan, lebih lebih lagi waktu dan hari bekerja. Disini mereka bekerja dari Isnin sehingga Sabtu.
Terdapat beberapa kompleks membeli belah seperti Medan Mall, Sun Plaza untuk mendapatkan barangan berjenama. Sun Plaza merupakan antara kompleks membeli belah yang terbaik disini.

Sun Plaza
Medan terdapat juga tempat-tempat makan dan "lepak" seperti di Merdeka Walk, selalunya menarik perhatian golongan muda untuk berkumpul disini pada malam minggu.

Merdeka Walk
Tidak lengkap kalau ke Indonesia tidak mencuba urutan, antara yang popular disini adalah Roemah Lulur. Disini terdapat banyak pilihan urutan, mahu yang tradisional dan moden semuanya ada. Antara pilihan yang terdapat sini seperti urutan Bali, Strawberry spa, green tea spa dan pelbagai lagi. Harga amat berpatutan dan semestinya lebih murah dari di Malaysia.

Roemah Lulur
Pasar Ikan Lama - Medan
Di Medan, terdapat pelbagai kedai kain, Pasar Ikan Lama antara pilihan terbaikbagi mereka yang ingin membeli kain meter, pakaian pengantin, kain batik, telekung dan sebagainya. Harga boleh ditawar dan begitu banyak pilihan disini, rambang mata dibuatnya. Disini suasana agak panas , dinasihatkan datang lah pada waktu pagi.
Mesti ada yang tertanya2 mengapa pasar ini dinamakan Pasar Ikan Lama, tetapi menjual kain? Dahulu, memang pasar ini menjual ikan tetapi selepas itu ditukar kepada menjual kain2 dan barangan lain, oleh kerana nama Pasar Ikan itu telah terlalu sebati, maka tempat itu dikekalkan namanya.




Antara barangan yang terdapat di Pasar Ikan Lama
Medan- Istana Maimoen
Salah satu tempat wajib untuk dikunjungi adalah Istana Maimoen, direka oleh arkitek dari Itali dibawah pemerintahan Sultan Deli pada 1988.
Cantik dan unik mempunyai gabungan warisan Melayu, Sepanyol, India dan Itali.




SiPiso-piso waterfall
Air terjun Simarjarunjung @ SiPiso piso waterfall ini sangat cantik dan mempersonakan, dari sini juga kita boleh lihat keindahan lake toba. Air terjun ini sangat tinggi kira-kira 120 meter @ 360kaki dan air terjun ini akan mengalir dan terus ke lake toba. Ia merupakan air terjun paling tinggi di Indonesia.
Nama Sipiso-piso ini bermakna air terjun itu tajam seperti pisau. Sebab itu dinamakan Sipiso-piso waterfall.
Oleh itu sekiranya ke Medan silalah berkunjung ke sini :)


pemandangan Lake Toba dari Sipiso-piso Waterfall

pengunjung disini mengambil kesempatan untuk berkelah di kawasan ini sambil menikmati pemandangan Sipiso-piso waterfall.

Lake toba

Lake Toba agak jauh dr bandar Medan dlm 4 ke 5 jam perjalanan dr Medan. Tetapi amat berbaloi, disini kita dapat lihat tasik yang begitu luas bagai lautan, dan mempunyai pulau sebesar singapura di tengah-tengah tasik tersebut iaitu Pulau Samosir. Besarkan Lake Toba ini? Sekiranya berminat untuk berkunjung ke Pulau Samosir boleh lah menaiki bot yang akan mengambil masa dalam 45 minit.



Pulau di tengah-tengah Lake Toba ini adalah Pulau Samosir yang bermaksud pulau yang indah.
Berastagi
Berastagi ini lebih kurang seperti Cameron Highland di Malaysia, tapi suhu lebih sejuk, ramai yang akan berkunjung ke sini sekiranya berkunjung ke Medan.
Berastagi ini agak menarik, terdapat pasar disini yang menjual bermacam-macam barangan, dari cenderahati, pakaian, bunga-bungaan , haiwan peliharaan , dan yang paling banyak dijual adalah buah- buahan. Buah-buahan disini begitu banyak pilihan dan segar-segar, harga juga sangat murah.
Oleh kerana suhu disini nyaman dan sejuk, oleh itu kami mengambil kesempatan untuk mengambil angin sambil menunggang kuda :)

Kuda ini yang saya tunggang semasa saya berkunjung ke Berastagi, namanya Angel, kuda betina berumur 4 tahun.

Wednesday, May 18, 2011
Wednesday, May 11, 2011
Pulang Lang Tengah - D Coconut Lagoon
Kuala Lumpur flights to Kuala Terengganu take 50 minutes. Should aim to go to the island, is better to take morning flight, this is because the boat from Jetty Merang to Pulau Lang Tengah is at 11am (40 minute by speedboat).
The departure point to Pulau Lang Tengah is Merang about 38 kilometers from Kuala Terengganu and journey from Kuala Terengganu airport takes 25 minute by car/taxi.

Arrived at the jetty stimulate, we can see a lot of souvenir shops and food outlets. So just spend some time to walk around and spend your money here to buy stuff like souvenir, mineral water, t-shirt and other stuff because it is more cheaper here than in the island.







Pulau Lang Tengah is between Pulau Perhentian and Pulau Redang. I choose D' Coconut Lagoon simply because I was attracted to the idea of they has two isolated and idyllic stretches of pristine white sandy beaches (West Wing and East Wing). Which it offers nice ambience and at the same time delivers a unique destination for marine life and nature lovers like me :)
There are about 12 dive sites around Pulau Lang Tengah and together with nearby Pulau Redang, Pulau Perhentian and Pulau Bidong, there are more than 30 dive sites for divers.

The reception and lobby area
All rooms come complete with an air-condition unit, tea/coffee making facilities and a mini-fridge, attached bathroom with hot water shower, and some rooms with bathtub.
Coffee and tea plus crackers or water are free flow throughout the day at restaurant.


The accommodation in West Wing are more expensive - cabanas, executive deluxe, deluxe, family and superior rooms. The cuisine is more for the European and Westerner, there are 6-7 selection , the style of cooking is more to pastas, grilled lamb and etc.
The East Wing is more for local and Asian, the accommodation
slightly cheaper but it is nearer to the sea and reception. The restaurant in East Wing setting with breathtaking view of the lagoon and turquoise crystal clear waters, they serve popular Malaysian food and western cuisine. Seriously the food they served here so yummy so better be on time for your meal else the leftovers.

View from the restaurant in East Wing



If u swimming with your snorkeling gear, u can actually find many schools of fish included the clown fish (Nemo) swimming around the corals.

Here is some of the sports activities and recreational for everyone at the D'Coconut Lagoon Island Resort.
- Scuba diving
- Snorkelling
- Jungle trekking
- Kayaking
- PADI Dive Courses

u can also build up Sand castle :)

or shopping at Redang Lang Resort- the only shop available in Pulau Lang Tengah.

Wednesday, March 23, 2011
Coco - Then n Now
Coco nie manja dan gebu, bulu dia lembut, geram je tgk dia nie :) Sekarang nie bulu dia dah pendek sebab shave, tapi akan tumbuh balik tak lama je lagi. Harap akan tumbuh bulu yang lebih lembut dan cantik J .



ROSSA - KONSERT MELODI CINTA
29 May 2010, Konsert Melodi Cinta Rossa- Bukit Jalil
Saya sangat minat Rossa, semua lagu- lagu popular dia memang saya hafal . Bila dia nak adakan concert di Msia saya cepat2 gi beli tiket, walaupun harga mahal sikit tapi saya rasa sangat puas hati sbb suara dia memang best dan semua lagu2 popular dinyanyikan dengan begitu baik sekali.
Rossa ada aura yang tersendiri, suara yang merdu dan memang sangat cantik dan comel. disamping lagu2 beliau yang memang best :)
Seorang lagi penyanyi Indonesia yang saya nanti-nantikan – Melly Goeslow, bilalah agaknyer nak dtg adakan concert di Msia ek.
