Thursday, June 9, 2011

Medan - Lake Toba - Berastagi (Indonesia)


Pada mulanya saya tidak begitu tertarik dengan Medan , Indonesia. Tetapi bila bertemu dengan masyarakatnya saya mula mengubah fikiran. Percutian saya ke Medan bertukar menjadi seronok. Saya berjumpa dengan Ibu Neti dan keluarga serta saudara maranya yang lain dalam perjalanan ke Berastagi dan dari situ kami menjalinkan persahabatan.

Di Medan saya dan teman2 dibawa berjalan-jalan di sekitar Medan oleh

keluarga Ibu Netti, kami dilayan begitu baik sekali oleh mereka, saya begitu terharu dengan keramahan dan baik budi Ibu Netti dan keluarga :)

Semoga kita bertemu lagi, InsyAllah



Tempat-tempat menarik di Medan

Medan boleh dikatakan agak moden, banyak bangunan-bangunan kerajaan, dan tempat -tempat membeli belah terdapat sini. Jalanraya disini agak sibuk dan sesak dengan kenderaan, lebih lebih lagi waktu dan hari bekerja. Disini mereka bekerja dari Isnin sehingga Sabtu.

Terdapat beberapa kompleks membeli belah seperti Medan Mall, Sun Plaza untuk mendapatkan barangan berjenama. Sun Plaza merupakan antara kompleks membeli belah yang terbaik disini.



Sun Plaza



Medan terdapat juga tempat-tempat makan dan "lepak" seperti di Merdeka Walk, selalunya menarik perhatian golongan muda untuk berkumpul disini pada malam minggu.

Merdeka Walk


Tidak lengkap kalau ke Indonesia tidak mencuba urutan, antara yang popular disini adalah Roemah Lulur. Disini terdapat banyak pilihan urutan, mahu yang tradisional dan moden semuanya ada. Antara pilihan yang terdapat sini seperti urutan Bali, Strawberry spa, green tea spa dan pelbagai lagi. Harga amat berpatutan dan semestinya lebih murah dari di Malaysia.


Roemah Lulur



Pasar Ikan Lama - Medan

Di Medan, terdapat pelbagai kedai kain, Pasar Ikan Lama antara pilihan terbaikbagi mereka yang ingin membeli kain meter, pakaian pengantin, kain batik, telekung dan sebagainya. Harga boleh ditawar dan begitu banyak pilihan disini, rambang mata dibuatnya. Disini suasana agak panas , dinasihatkan datang lah pada waktu pagi.

Mesti ada yang tertanya2 mengapa pasar ini dinamakan Pasar Ikan Lama, tetapi menjual kain? Dahulu, memang pasar ini menjual ikan tetapi selepas itu ditukar kepada menjual kain2 dan barangan lain, oleh kerana nama Pasar Ikan itu telah terlalu sebati, maka tempat itu dikekalkan namanya.








Antara barangan yang terdapat di Pasar Ikan Lama




Medan- Istana Maimoen

Salah satu tempat wajib untuk dikunjungi adalah Istana Maimoen, direka oleh arkitek dari Itali dibawah pemerintahan Sultan Deli pada 1988.

Cantik dan unik mempunyai gabungan warisan Melayu, Sepanyol, India dan Itali.









Pewaris tahta, kacak bukan ? heheheheh...




SiPiso-piso waterfall

Air terjun Simarjarunjung @ SiPiso piso waterfall ini sangat cantik dan mempersonakan, dari sini juga kita boleh lihat keindahan lake toba. Air terjun ini sangat tinggi kira-kira 120 meter @ 360kaki dan air terjun ini akan mengalir dan terus ke lake toba. Ia merupakan air terjun paling tinggi di Indonesia.

Nama Sipiso-piso ini bermakna air terjun itu tajam seperti pisau. Sebab itu dinamakan Sipiso-piso waterfall.

Oleh itu sekiranya ke Medan silalah berkunjung ke sini :)




pemandangan Lake Toba dari Sipiso-piso Waterfall




pengunjung disini mengambil kesempatan untuk berkelah di kawasan ini sambil menikmati pemandangan Sipiso-piso waterfall.





SiPiso-piso waterfall



Lake toba




Lake Toba agak jauh dr bandar Medan dlm 4 ke 5 jam perjalanan dr Medan. Tetapi amat berbaloi, disini kita dapat lihat tasik yang begitu luas bagai lautan, dan mempunyai pulau sebesar singapura di tengah-tengah tasik tersebut iaitu Pulau Samosir. Besarkan Lake Toba ini? Sekiranya berminat untuk berkunjung ke Pulau Samosir boleh lah menaiki bot yang akan mengambil masa dalam 45 minit.

Suasana disini memang best sangat tenang dan pemandangan yang cantik sekali.







Pulau di tengah-tengah Lake Toba ini adalah Pulau Samosir yang bermaksud pulau yang indah.









Berastagi

Berastagi ini lebih kurang seperti Cameron Highland di Malaysia, tapi suhu lebih sejuk, ramai yang akan berkunjung ke sini sekiranya berkunjung ke Medan.

Berastagi ini agak menarik, terdapat pasar disini yang menjual bermacam-macam barangan, dari cenderahati, pakaian, bunga-bungaan , haiwan peliharaan , dan yang paling banyak dijual adalah buah- buahan. Buah-buahan disini begitu banyak pilihan dan segar-segar, harga juga sangat murah.

Oleh kerana suhu disini nyaman dan sejuk, oleh itu kami mengambil kesempatan untuk mengambil angin sambil menunggang kuda :)




Kuda ini yang saya tunggang semasa saya berkunjung ke Berastagi, namanya Angel, kuda betina berumur 4 tahun.





Uniknya disini penjual tidak meletakkan haiwan peliharaan didalam kandang, dilepaskan bagi memberi peluang untuk penggunjung memegang dan melihat haiwan ini dengan lebih dekat lagi.




No comments:

Post a Comment