Tuesday, January 10, 2012

Broga Hill ,Semenyih


Jika anda minat aktiviti hiking boleh lah cuba ke Bukit Broga , memang tidak mengecewakan , pemandangan yang indah akan terbentang di hadapan mata.

Adalah disarankan agar kita mulakan pendakian ke Bukit Broga pada waktu pagi , boleh lihat matahari terbit. Lagipun pagi hari tidak panas. Keadaan pada waktu pagi agak gelap, dinasihatkan membawa lampu suluh bersama. Oleh sebab Bukit Broga ini agak famous, maka pagi2 pun dah ramai orang, jadi tidak lah perlu rasa takut walaupun keadaan gelap.








Bawalah bersama sebotol air mineral kecil kerana akan berasa haus setelah sampai ke puncak Bukit Broga, apa2 pun pakailah pakaian sukan dan kasut sukan yang bersesuaian, kerana agak licin di sesetengah tempat.

Maka kasut yg sesuai amat disarankan. Bagi mereka yang sudah lama x bersenam, adalah di nasihatkan juga membuat aktiviti renggangan sebelum memulakan pendakian, ini adalah kerana setelah selesai pendakian akan terasa sakit kaki dan tangan.

Seronok sekali sekala buat aktiviti begini, dapat mengirup udara pagi yang segar, melihat pemandangan ciptaan Allah yang indah, dan yang paling penting dengan melakukan aktiviti sebegini akan dapat mengeratkan lagi jalinan persahabatan dan kekeluargaan.


Ayam Masak Lemak Cili Api



Bahan- bahannya

1/2 ekor ayam

2 batang serai

2 asam keping

1/2 santan perah ( atau santan kotak)

garam

1 biji kentang (boleh tambah jika suka)

1 tomato (boleh tambah jika suka)

1 1/2 cawan air



Bahan kisar

cili api (ikut suka)

2 inci kunyit

2 bawang merah

2 biji bawang putih



Cara-caranya

1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, masukkan air, masukkan serai yg sudah di titik dan asam keping , masak sekejap.

2. Masukkan ayam dan kentang, masukkan santan kacau perlahan dengan api yang sederhana serta perasakan dengan garam.

3. Bila kentang sudah masak tutup kan api, masukkan tomato.