Thursday, May 28, 2009

MEETING LAGI????

Hari nie kami meeting lagi....tak tahu lah bermakne atau tidak...kali ni ambik/tulis minit..akan ditulis oleh rakan saya..

Hari ni saya agak puas hati sbb dah bercakap tanpa selindung, saya sedikit puas hati kerana kali ini, boss atasan menyebelahi saya. Bukan saja nak mengenakan beliau (esekutif P) tapi memang dah perkara yg nyata...mana x nyer, boleh beliau kata saya x tahu procedure sbb saya x hantar borang cuti dan ambik laptop sendiri dr dia, dan hantar PT(pembantu tadbir) untuk uruskan....saya pun menerangkan pada beliau bahawa walaupun saya x hantar borang cuti atau tak ambik sendiri laptop x pun menimbulkan apa-apa masalah....hal ambik laptop kan setakat keje2 PT je , bukannya keje2 besar pun. kalau keje PT pun saya nak bt keje saya sapa nak buat?

Hal surat cuti, saya memang minta PT hantar sendiri surat cuti saya, sbb saya tak mahu lagi mendapat memo kuning dr beliau. memo yang menyatakan saya absent sedangkan saya ada hantar borang cuti. Ini pun sama gak keje PT, setakat antar borang je, yg sudah pun di tandatangani oleh Pengarah, saya x pernah pun suruh PT buat atau ambik sesuatu diluar kemampuan PT itu sendiri.

Boss atasan setuju dengan saya dalam hal ini, jadi beliau jangan bangkitkan lagi hal ini..

Saya juga ada meluahkan bahawa saya x ada masalah peribadi dgn dia, cuma persepsi saya terhadap dia sebelum saya masuk lapor diri di pejabat ini masih tidak berubah sampai sekarang, oleh itu saya tak dapat lah berbaik2 makan semeja, lunch2 bersama (iaitu perangai beliau memang bercakap kasar, menyakitkan hati dan kurang ajar).

Tapi saya rasa kesal sikit sbb x bercakap sehabis2 nyer. Sepatutnya saya terangkan bahawa sikap kurang ajar beliau tu lah masalah kepada segalanya....itu lah org melayu kata ' kerana mulut badan binasa'

Monday, May 25, 2009

MEETING YANG TAK BERMAKNA

Maaf lama x update blog...gomen nasai..米なさい
Baru2 ini banyak sangat yg berlaku dalam opis nie , macam2 kes, macam2 masalah ...tapi paling susah kalau ada masalah ngan orang... masalah keje banyak boleh handle lagi, ini masalah perangai org, macam mana nak buat tu?

Saya memang pantang betul orang yang suka bercakap menggunakan bahasa yang kurang ajar, ayat2 yang menyakitkan hati, suka menjerit2, menengking2....secara ringkasnya saya x suka orang yang kurang ajar... saya baru menerima hakikat yang bahawa memang ada jenis orang dalam dunia ni yang perangainya ego, bodoh sombong, kurang ajar ( complete package ).... dan saya pertama kali jumpa org yang begini seumur hidup saya, saya jumpa di sini...


Bagi saya dalam hal ini, masalah attitude bukan salah ibu mengandung,
kita sendiri dianugerahkan oleh Allah dengan akal, maka kita sendiri kena bertanggungjawab atas tindak tanduk dan perilaku kita, janganlah kata setiap sikap buruk kita datang dari mak ayah kita....helllooooo lu fikir lah sendiri...

Kami semua eksekutif diberi peluang untuk bercakap pada meeting tergempar minggu lepas, tapi x ada maknanya...mana tak nyer pengerusi majlis jelas2 asyik nak backing anak buah sendiri...apa sahaja yang diajukan oleh kami berkenaan masalah yang ditimbulkan oleh eksekutif P nie , ada je alasan tak logik yang akan diberi oleh pihak pengerusi majlis...dia ingat eksekutif2 yang lain kat company nie bdk tadika ke apa? Boleh diperlekehkan dengan alasan2 bodoh tu...oleh itu eksekutif P ni x akan sedar kesalahan sendiri malah makin naik lemak !!!

Jangan x kaji, pengerusi majlis siap ingat saya ni x pandai bercakap...mentang-mentang lah saya nie nampak diam je...jangan disangka air yang tenang x ada buaya....bila saya dah buka mulut...
terlopong mulut boss saya....baru dia tahu siapa saya....itu pun saya baru cakap sikit je, belum lagi saya keluarkan kemarahan saya yang terbuku lebih setahun nie....

Saya sedang menunggu dengan sabar meeting eksekutif yang dijanjikan buat kali kedua...saya akan meluahkan apa yang terpendam dihati saya, dulu saya x mahu aibkan orang...tapi apa ke maknanya kalau org itu tidak sedar2 diri lagi kan... rasanya saya x perlu berselindung lagi.

Wednesday, May 6, 2009

BUDI BAHASA ORG MELAYU

Melayu... bila kita membicarakan berkenaan bangsa Melayu selalunya dikaitkan dengan budi bahasa yang tinggi. Mgkin disebabkan saya dibesarkan di bandar maka pada fikiran saya Melayu di luar bandar lebih berbudi bahasa, bersopan santun, tetapi tak disangka tanggapan saya selama hari ini salah rupanya.


Sebelum ini saya pernah bekerja di syarikat penerbangan milik tempatan, syarikat akhbar tempatan, dan sebuah syarikat milik New Zealand, saya bergaul dgn pelbagai bangsa dan agama, tetapi setelah saya menerima tawaran bekerja di sebuah badan bukan berkanun, baru lah saya mengenali Melayu dengan lebih dalam lagi...mata saya telah terbuka. Saya telah dikejutkan dengan seorg bangsa Melayu yang begitu kurang sopan sekali (dah lah perempuan pulak tu), ini adalah pertama kali dalam hidup saya, saya bertemu dgn org yg sebegini...

Bayangkan lah seseorg yg baru setahun jagung dalam dunia kerjaya boleh berbicara dgn anda menggunakan ayat yg begitu kasar, suka menengking, menaikkan suara malahan suka menghempas telefon, bukan sahaja tidak menghormati org lain, malahan tidak menghormati org yg lebih tua.Saya sungguh pelik, kenapa beliau berperangai begini...saya sangkakan mungkin perangai beliau begini tetapi kerja tip top...salah rupanya sangkaan saya...kerja beliau x payah cakap lah...updated cuti staff pun salah. Kerja yang simple je pun salah, bayangkan saja lah kerja yg lain...

Apabila teringatkan perangai beliau, saya sering ingatkan diri saya sendiri, untuk lebih bersopan santun dan berbudi bahasa.