Hari nie kami meeting lagi....tak tahu lah bermakne atau tidak...kali ni ambik/tulis minit..akan ditulis oleh rakan saya..
Hari ni saya agak puas hati sbb dah bercakap tanpa selindung, saya sedikit puas hati kerana kali ini, boss atasan menyebelahi saya. Bukan saja nak mengenakan beliau (esekutif P) tapi memang dah perkara yg nyata...mana x nyer, boleh beliau kata saya x tahu procedure sbb saya x hantar borang cuti dan ambik laptop sendiri dr dia, dan hantar PT(pembantu tadbir) untuk uruskan....saya pun menerangkan pada beliau bahawa walaupun saya x hantar borang cuti atau tak ambik sendiri laptop x pun menimbulkan apa-apa masalah....hal ambik laptop kan setakat keje2 PT je , bukannya keje2 besar pun. kalau keje PT pun saya nak bt keje saya sapa nak buat?
Hal surat cuti, saya memang minta PT hantar sendiri surat cuti saya, sbb saya tak mahu lagi mendapat memo kuning dr beliau. memo yang menyatakan saya absent sedangkan saya ada hantar borang cuti. Ini pun sama gak keje PT, setakat antar borang je, yg sudah pun di tandatangani oleh Pengarah, saya x pernah pun suruh PT buat atau ambik sesuatu diluar kemampuan PT itu sendiri.
Boss atasan setuju dengan saya dalam hal ini, jadi beliau jangan bangkitkan lagi hal ini..
Saya juga ada meluahkan bahawa saya x ada masalah peribadi dgn dia, cuma persepsi saya terhadap dia sebelum saya masuk lapor diri di pejabat ini masih tidak berubah sampai sekarang, oleh itu saya tak dapat lah berbaik2 makan semeja, lunch2 bersama (iaitu perangai beliau memang bercakap kasar, menyakitkan hati dan kurang ajar).
Tapi saya rasa kesal sikit sbb x bercakap sehabis2 nyer. Sepatutnya saya terangkan bahawa sikap kurang ajar beliau tu lah masalah kepada segalanya....itu lah org melayu kata ' kerana mulut badan binasa'
Thursday, May 28, 2009
MEETING LAGI????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment