Wednesday, May 6, 2009

BUDI BAHASA ORG MELAYU

Melayu... bila kita membicarakan berkenaan bangsa Melayu selalunya dikaitkan dengan budi bahasa yang tinggi. Mgkin disebabkan saya dibesarkan di bandar maka pada fikiran saya Melayu di luar bandar lebih berbudi bahasa, bersopan santun, tetapi tak disangka tanggapan saya selama hari ini salah rupanya.


Sebelum ini saya pernah bekerja di syarikat penerbangan milik tempatan, syarikat akhbar tempatan, dan sebuah syarikat milik New Zealand, saya bergaul dgn pelbagai bangsa dan agama, tetapi setelah saya menerima tawaran bekerja di sebuah badan bukan berkanun, baru lah saya mengenali Melayu dengan lebih dalam lagi...mata saya telah terbuka. Saya telah dikejutkan dengan seorg bangsa Melayu yang begitu kurang sopan sekali (dah lah perempuan pulak tu), ini adalah pertama kali dalam hidup saya, saya bertemu dgn org yg sebegini...

Bayangkan lah seseorg yg baru setahun jagung dalam dunia kerjaya boleh berbicara dgn anda menggunakan ayat yg begitu kasar, suka menengking, menaikkan suara malahan suka menghempas telefon, bukan sahaja tidak menghormati org lain, malahan tidak menghormati org yg lebih tua.Saya sungguh pelik, kenapa beliau berperangai begini...saya sangkakan mungkin perangai beliau begini tetapi kerja tip top...salah rupanya sangkaan saya...kerja beliau x payah cakap lah...updated cuti staff pun salah. Kerja yang simple je pun salah, bayangkan saja lah kerja yg lain...

Apabila teringatkan perangai beliau, saya sering ingatkan diri saya sendiri, untuk lebih bersopan santun dan berbudi bahasa.

1 comment:

  1. Babe..bukan semua Melayu yang macam tu..sifat berbudi bahasa mmg dikaitkan dgn bangsa Melayu, tapi akhirnya ianya kembali kepada diri sendiri, latar belakang keluarga, taraf pendidikan, pergaulan, pegangan agama seseorang. Mungkin terselit rasa cemburu atau sakit hati dalam hati dia. Yang paling penting, kita tak tergolong dalam kategori itu. Dengan pendidikan yang tinggi, latar belakang keluarga yang baik, pergaulan yang baik diantara kaum2 lain, rasanya kita dapat mengawal diri dan lebih menghormati orang lain. Jangan pedulikan dia ya. You are much more better than her.

    -your (to be) chartered statistician-

    ReplyDelete