Hari nie kami meeting lagi....tak tahu lah bermakne atau tidak...kali ni ambik/tulis minit..akan ditulis oleh rakan saya..
Hari ni saya agak puas hati sbb dah bercakap tanpa selindung, saya sedikit puas hati kerana kali ini, boss atasan menyebelahi saya. Bukan saja nak mengenakan beliau (esekutif P) tapi memang dah perkara yg nyata...mana x nyer, boleh beliau kata saya x tahu procedure sbb saya x hantar borang cuti dan ambik laptop sendiri dr dia, dan hantar PT(pembantu tadbir) untuk uruskan....saya pun menerangkan pada beliau bahawa walaupun saya x hantar borang cuti atau tak ambik sendiri laptop x pun menimbulkan apa-apa masalah....hal ambik laptop kan setakat keje2 PT je , bukannya keje2 besar pun. kalau keje PT pun saya nak bt keje saya sapa nak buat?
Hal surat cuti, saya memang minta PT hantar sendiri surat cuti saya, sbb saya tak mahu lagi mendapat memo kuning dr beliau. memo yang menyatakan saya absent sedangkan saya ada hantar borang cuti. Ini pun sama gak keje PT, setakat antar borang je, yg sudah pun di tandatangani oleh Pengarah, saya x pernah pun suruh PT buat atau ambik sesuatu diluar kemampuan PT itu sendiri.
Boss atasan setuju dengan saya dalam hal ini, jadi beliau jangan bangkitkan lagi hal ini..
Saya juga ada meluahkan bahawa saya x ada masalah peribadi dgn dia, cuma persepsi saya terhadap dia sebelum saya masuk lapor diri di pejabat ini masih tidak berubah sampai sekarang, oleh itu saya tak dapat lah berbaik2 makan semeja, lunch2 bersama (iaitu perangai beliau memang bercakap kasar, menyakitkan hati dan kurang ajar).
Tapi saya rasa kesal sikit sbb x bercakap sehabis2 nyer. Sepatutnya saya terangkan bahawa sikap kurang ajar beliau tu lah masalah kepada segalanya....itu lah org melayu kata ' kerana mulut badan binasa'
Thursday, May 28, 2009
MEETING LAGI????
Monday, May 25, 2009
MEETING YANG TAK BERMAKNA
Baru2 ini banyak sangat yg berlaku dalam opis nie , macam2 kes, macam2 masalah ...tapi paling susah kalau ada masalah ngan orang... masalah keje banyak boleh handle lagi, ini masalah perangai org, macam mana nak buat tu?
Saya memang pantang betul orang yang suka bercakap menggunakan bahasa yang kurang ajar, ayat2 yang menyakitkan hati, suka menjerit2, menengking2....secara ringkasnya saya x suka orang yang kurang ajar... saya baru menerima hakikat yang bahawa memang ada jenis orang dalam dunia ni yang perangainya ego, bodoh sombong, kurang ajar ( complete package ).... dan saya pertama kali jumpa org yang begini seumur hidup saya, saya jumpa di sini...
Bagi saya dalam hal ini, masalah attitude bukan salah ibu mengandung,
kita sendiri dianugerahkan oleh Allah dengan akal, maka kita sendiri kena bertanggungjawab atas tindak tanduk dan perilaku kita, janganlah kata setiap sikap buruk kita datang dari mak ayah kita....helllooooo lu fikir lah sendiri...
Kami semua eksekutif diberi peluang untuk bercakap pada meeting tergempar minggu lepas, tapi x ada maknanya...mana tak nyer pengerusi majlis jelas2 asyik nak backing anak buah sendiri...apa sahaja yang diajukan oleh kami berkenaan masalah yang ditimbulkan oleh eksekutif P nie , ada je alasan tak logik yang akan diberi oleh pihak pengerusi majlis...dia ingat eksekutif2 yang lain kat company nie bdk tadika ke apa? Boleh diperlekehkan dengan alasan2 bodoh tu...oleh itu eksekutif P ni x akan sedar kesalahan sendiri malah makin naik lemak !!!
Jangan x kaji, pengerusi majlis siap ingat saya ni x pandai bercakap...mentang-mentang lah saya nie nampak diam je...jangan disangka air yang tenang x ada buaya....bila saya dah buka mulut...
terlopong mulut boss saya....baru dia tahu siapa saya....itu pun saya baru cakap sikit je, belum lagi saya keluarkan kemarahan saya yang terbuku lebih setahun nie....
Saya sedang menunggu dengan sabar meeting eksekutif yang dijanjikan buat kali kedua...saya akan meluahkan apa yang terpendam dihati saya, dulu saya x mahu aibkan orang...tapi apa ke maknanya kalau org itu tidak sedar2 diri lagi kan... rasanya saya x perlu berselindung lagi.
Wednesday, May 6, 2009
BUDI BAHASA ORG MELAYU
Sebelum ini saya pernah bekerja di syarikat penerbangan milik tempatan, syarikat akhbar tempatan, dan sebuah syarikat milik New Zealand, saya bergaul dgn pelbagai bangsa dan agama, tetapi setelah saya menerima tawaran bekerja di sebuah badan bukan berkanun, baru lah saya mengenali Melayu dengan lebih dalam lagi...mata saya telah terbuka. Saya telah dikejutkan dengan seorg bangsa Melayu yang begitu kurang sopan sekali (dah lah perempuan pulak tu), ini adalah pertama kali dalam hidup saya, saya bertemu dgn org yg sebegini...
Bayangkan lah seseorg yg baru setahun jagung dalam dunia kerjaya boleh berbicara dgn anda menggunakan ayat yg begitu kasar, suka menengking, menaikkan suara malahan suka menghempas telefon, bukan sahaja tidak menghormati org lain, malahan tidak menghormati org yg lebih tua.Saya sungguh pelik, kenapa beliau berperangai begini...saya sangkakan mungkin perangai beliau begini tetapi kerja tip top...salah rupanya sangkaan saya...kerja beliau x payah cakap lah...updated cuti staff pun salah. Kerja yang simple je pun salah, bayangkan saja lah kerja yg lain...
Apabila teringatkan perangai beliau, saya sering ingatkan diri saya sendiri, untuk lebih bersopan santun dan berbudi bahasa.
Thursday, April 23, 2009
TAG PLAY
1) 3 Names in Your Inbox Cellphone
1. from friend for weekend plan
2. from friend for dinner plan
3. from celcom
2) Your Main Ringtone?
kuro neko no tango (Japanese song, so cute)
3) What U Did At 12 Last Night?
'lepaking' with my best friend
4) Who Was The Last Person You Went Out With? Where?
Maya,to friend's house
5) The Color 0f The T-Shirt You're Wearing? Now?
Brown
6) The Last Thing U Did?
on the phone
7) 3 of Your Everyday Favorite Items
car key, purse, handphone
8) The Color of Your Bedroom?
cream
9) How Much Money in Your Wallet Now?
RM450.00
10) How's Life?
Very happy with my life.
11) Your Favorite Song?
i will survive- tina turner
shoulder to cry on- tommy page
12) What Will You Do Next Weekend?
lepaking with friends at the curve, damansara
13) When Was The Last Time You Saw Your Mom?
sunday
14) Where Is She Now?
klang,selangor
15) When Was The Last Time You Talked To Your Parent?
last nite, i called her.
16) Who Is The Last Person That Texted You?
my office mate
17) Where Did You Have Dinner Last Night?
friend's house, i visit her, she just came back from umrah.
18) The Last Surprise You Got?
my friend have change her attitude since she came back from umrah, she getting better now. i hope it will last...
19) Last Thing You Borrowed From Your Friend?
nothing
20) Who is Your Bf/Gf Or Husband/Wife?
i luv to keep it secret ...heheheheheh
21) What Do You Feel Now?
hmmm....my house...miss my bed..
22) Wanna Share With Who?
friends, of course
23) Who Knows Your Secret?
my best friend
24) They Keep Your Secret?
of coz
25) Are You Angry With Someone?
Yes, officemate bcoz of their attitude!!!
26) What do you order at McD?
usually Mc Chicken
27) The Last Time You Felt So Sad?
On Tuesday b'coz my friend broke off with her bf
28) Mahu Tag?
no thanks
Friday, April 10, 2009
MY FIRST ENTRY
Wah saya dah ada blog !!! sebenarnya tetiba je minat nak ada blog ni, sebelum ni hanya tgk kawan2 punya. Wujudnya blog ni sebagai ruang utk express diri . As medium of expression …
Sebenarnya hari ni agak penat…drive dalam keadaan jam dan cuaca panas dari Damansara ke Nilai dan dari sana ke office di Setiawangsa. Saya perlu ke INTI University College (Nilai) berjumpa Head of International Office. Nak jalankan kajian di sana bagi pelajar antarabangsa. Pegi sorang je disebabkan boss tak dapat ikut tapi dia kasi kebenaran bawa pembantu takbir, malangnya Orang Atasan x kasi pulak. Dan bila ditanya kenapa , jawapan yang diberikan adalah “I don’t see why he need to follow u” hmmm…sedangkan dah pun explain yang kena bawa barang yg banyak dan berat , ada questionnaire dan juga note book (token of appreciation). Bukannya sikit2, beratus- ratus !!! My boss pulak kata yg Orang Atasan tu nak uji kemampuan saya…so I have prove that I can do it… helloo???? Kemampuan apa? Kemampuan mengangkat berat ke?
Bila sampai di INTI University Kolej tu saya pun pegi lah ke lobby kolej tu. Berpeluh gak lah, jauh tu tempat parking. Receptionist pun suruh duduk dulu sekejap. Lepas sekejap tu datang lah seorg lelaki yang saya rasa assistant kepada Head of International Office tu, ingin menjemput saya masuk ke office. Nasib lah saya nie perempuan jadi saya menggunakan lah senyuman saya heheheheheh…(gelak jahat ler tu). Saya mintalah bantuan untuk menggangkat kotak2 dr kereta. Assistant ni pun call another person utk pegi sekali…jadi saya melenggang je lah…kesemua kotak2 yang berat itu mereka berdua yang angkat. Rupa-rupanya International Office tu jauh lagi dari lobby tu!! Nasib baik ada mereka berdua tadi…Alhamdullilah…kalau tak teruk lah saya nak berulang beberapa kali dr parking ke office ni.
Apa apa pun …Bukanlah nak gunakan “girl power” atau make up di muka nie (saya make up lebih sikit hari nie sbb tahu saya akan perlukan pertolongan seseorg hari ni…hehehehehe )…tapi saya rasa agak kesal, dengan statement boss saya tu ...apa lagi yang saya perlu buat untuk buktikan kemampuan saya? Saya tertanya-tanya sendiri…