
Coco , terkena jangkitan kulit. Kesian dia asyik mengaru je, saya dah bw jumpa vet di Klinik Veterinar UPM PJ, tetapi nampak macam x de perubahan.
Saya nak bawa ke Klinik Haiwan Kesayangan UPM , tapi mereka sedang buat pengubahsuaian la pulak. Mereka baru mula operasi minggu ini, so saya cepat2 bw Coco ke Klinik Haiwan Kesayangan UPM.

Bangunan baru, Klinik Haiwan Kesayangan UPM.

Kaunter pendaftaran dan pembayaran. Disebalik dinding tu adalah kaunter utk anjing. Baguslah bangunan yang baru nie, jadi Coco boleh bebas berlari :) tanpa gangguan anjing.

Besar dan cantik ah interior. Tempat menunggu sangat besar dan selesa, disediakan ruang tamu, bahan bacaan dan mesin air.

Bilik rawatan pun banyak, satu kes ada 2 vet. Vet kat sini muda2 dan mesra2. Kita boleh tengoklah yang mereka nie memang sayangkan haiwan, sebab cara mereka bagi rawatan tu memang lembut dan mesra.
Ada sesetangah org yg jaga kucing tp setakat bg makan, minum dan tempat tinggal je. Itu basic needs, tapi keperluan kesihatan kucing pun perlu lah dijaga jugak. Jaga kesihatan kucing nie x lah susah pun cuma perlu vaksin setahun sekali dan bg ubat cacing 3 bulan sekali (bg kucing yg keluar umah) atau 6 bulan sekali (bg kucing yang hanya di dalam rumah)
Saya dan adik beradik memang suka kucing dan dah biasa jaga kucing sejak kecik lagi. Arwah ayah saya memang suka kucing :)
Saya dapat Coco nie dr seorg kawan pada 26 June 2007, masa tu umur Coco dah setahun. Since that sy cuba ah jaga Coco baik-baik :)
Family dan kawan2 saya pun suka Coco, mana tak nyer Coco makin comel dan berisi..heheheheh... latest berat 5.55kg tp mgkin dia kurang makan since kena gatal2 kat kulit nie dia turun ke 5.3 kg. Saya harap Coco akan ada perubahan yg baik, bt masa ini Coco kena makan 4 biji pil 2 kali sehari , sampai appointment seterusnya pada 8 Feb 2011 nie.
Anyway sesiapa yg nak bw haiwan kesayangan anda (kucing, burung dan lain2) berjumpa vet yg bagus dan murah sila lah lawati link ini :)
http://www.vet.upm.edu.my/uvh8.html
hai hanako, bleh tumpang tanya??? kat mane yek lokasi vet upm yg baru nie?? i nak bawak my babies for check up la. boleh mintak share direction nak ke sana..tima kasih yea ^_^
ReplyDeleteboleh check link http://www.vet.upm.edu.my/uvh8.htm
ReplyDeletelokasi baru nie kena lalu depan pintu gerbang UPM terus until u jumpa sign ke arah bangunan MARDI. ambik ke kiri, lepas tu akan nampak bgnun Mardi kat sebelah kanan. terus lagi , sampai u nampak bangunan fakulti veterina kat sebelah kanan, masuk ikut pintu pagar fakulti. terus je ikut sign :)