Thursday, January 27, 2011
Wednesday, January 26, 2011
Coco @ Klinik Haiwan Kesayangan UPM

Coco , terkena jangkitan kulit. Kesian dia asyik mengaru je, saya dah bw jumpa vet di Klinik Veterinar UPM PJ, tetapi nampak macam x de perubahan.
Saya nak bawa ke Klinik Haiwan Kesayangan UPM , tapi mereka sedang buat pengubahsuaian la pulak. Mereka baru mula operasi minggu ini, so saya cepat2 bw Coco ke Klinik Haiwan Kesayangan UPM.

Bangunan baru, Klinik Haiwan Kesayangan UPM.

Kaunter pendaftaran dan pembayaran. Disebalik dinding tu adalah kaunter utk anjing. Baguslah bangunan yang baru nie, jadi Coco boleh bebas berlari :) tanpa gangguan anjing.

Besar dan cantik ah interior. Tempat menunggu sangat besar dan selesa, disediakan ruang tamu, bahan bacaan dan mesin air.

Bilik rawatan pun banyak, satu kes ada 2 vet. Vet kat sini muda2 dan mesra2. Kita boleh tengoklah yang mereka nie memang sayangkan haiwan, sebab cara mereka bagi rawatan tu memang lembut dan mesra.
Ada sesetangah org yg jaga kucing tp setakat bg makan, minum dan tempat tinggal je. Itu basic needs, tapi keperluan kesihatan kucing pun perlu lah dijaga jugak. Jaga kesihatan kucing nie x lah susah pun cuma perlu vaksin setahun sekali dan bg ubat cacing 3 bulan sekali (bg kucing yg keluar umah) atau 6 bulan sekali (bg kucing yang hanya di dalam rumah)
Saya dan adik beradik memang suka kucing dan dah biasa jaga kucing sejak kecik lagi. Arwah ayah saya memang suka kucing :)
Saya dapat Coco nie dr seorg kawan pada 26 June 2007, masa tu umur Coco dah setahun. Since that sy cuba ah jaga Coco baik-baik :)
Family dan kawan2 saya pun suka Coco, mana tak nyer Coco makin comel dan berisi..heheheheh... latest berat 5.55kg tp mgkin dia kurang makan since kena gatal2 kat kulit nie dia turun ke 5.3 kg. Saya harap Coco akan ada perubahan yg baik, bt masa ini Coco kena makan 4 biji pil 2 kali sehari , sampai appointment seterusnya pada 8 Feb 2011 nie.
Anyway sesiapa yg nak bw haiwan kesayangan anda (kucing, burung dan lain2) berjumpa vet yg bagus dan murah sila lah lawati link ini :)
http://www.vet.upm.edu.my/uvh8.html
Siakap Sweet Sour

Ibunda saya n adik datang berkunjung ke rumah, nasib ada ikan siakap. Saya pun masak lah sweet sour…heheheheh saya ala2 cuak gak sbb nak masak utk ibunda kan, segan ah , takut masak x sedap la kan…hehehehe hotai tu …
saya masak ikut resepi nie :) tapi sedap lah resepi nie, saya suka.
sila lah rujuk resepi yea :)
http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/05/kerapu-sweet-sour.html
Monday, January 24, 2011
Kuala Gandah, Pahang - 28 Dec 2010

Visitors can also enjoy swimming in the river while the elephant taking their bath :)
Deerland
Done visited the National Elephant Conservation Centre, visitors can also visit the Deerland which is just near by. U can find many other animal than deer in Deerland.
Sayur Kacang Panjang dan Kobis Goreng

BAHAN-BAHANNYA
- beberapa tangkai kacang panjang
- sedikit sayur kobis
- sekeping isi ayam
- 1 camca besar sos tiram
- garam secukup rasa
- minyak masak
- sedikit air
BAHAN DIHIRIS
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK
- Kacang panjang dan kobis dihiris.
- Panaskan minyak dan tumis bahan2 hiris hingga harum, masukkan ayam dan biar seketika sehingga isi ayam masak.
- Masukkan sos tiram dan kacau rata, masukkan sedikit air
- Masukkan kacang panjang dan sayur kobis masak hingga kacang sedikit lembut,
Ayam Sambal Ibunda

BAHAN-BAHANNYA
4 ketul ayam, potong ikut suka ( saya suka potong kecil-kecil)
1 1/2 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
* (ayam digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam)
5 camca besar cili kisar (cili kering dikisar bersama 1/2 bawang besar dan sedikit belacan )
1 biji bawang besar dipotong bulat (boleh tambah lebih bawang jika suka)
3 sudu air asam jawa ( asam jawa dibancuh dengan sedikit air)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
1 helai daun pandan (jika suka)
CARA MEMASAK
- Goreng ayam hingga masak , angkat dan toskan.
- Panaskan minyak. Tumis cili kisar dan bawang besar. Sehingga sambal masak.
- Tuang air asam jawa, dan masukkan gula dan garam
- Masukkan daun pandan yg telah diikat
- Setelah sambal masak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi
- Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan